Heberty Dah Tak Banyak Masa Di JDT
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Kehadiran penyerang baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Heberty Fernandes nyata sedikit sebanyak dapat membantu kelab gergasi Malaysia itu dalam mencari jaringan.

Namun begitu, Heberty tidak mempunyai masa yang panjang untuk memberikan banyak jaringan kerana difahamkan perpindahan beliau ke JDT hanyalah sebagai pinajaman sehingga penghujung musim ini sahaja.

Perkara tersebut telah dikongsikan wartawan dari Thailand, Ta Lao. Wartawan itu berkata perpindahan Heberty ke JDT adalah sebagai pemain pinjaman dari kelabnya di Thailand, Bangkok United.

Advertisements

Ini bermakna Heberty kini hanya mempunyai masa lebih kurang 5 bulan sahaja lagi untuk menambat hati barisan kejurulatihan JDT. Kontrak beliau bersama Bangkok United juga akan tamat pada penghujung musim ini.

Maka dengan itu, jika beliau mempamerkan aksi berkualiti, sudah tentu JDT akan mendapatkan khidmat Heberty secara percuma bagi mengharungi saingan musim hadapan.

Pemain berusia 34 tahun itu tidak menunggu lama untuk memberikan impak bersama skuad utama JDT selepas beliau berjaya meledak satu gol dalam debut beliau ketika aksi Liga Super menentang Selangor tempoh hari.

Advertisements

Khidmat Heberty pasti akan terus digunakan oleh JDT dalam saingan musim ini lebih-lebih lagi mereka kini berhadapan dengan krisis kecederaan di bahagian serangan yang melanda Diogo Luis Santo dan Fernando Forestieri.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram