Heberty Fernandes Jadi Buruan Sejak 2018
Transfer
MakanBola
Muangthong United
Advertisements

Penyerang baharu pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Heberty Fernandes hakikatnya sudah berada lama dalam pantauan pasukan dan juga DYAM TMJ.

Pemain berusia 34 tahun itu merupakan tonggak utama bersama pasukannya, Bangkok United di Thailand dan kini merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga 1 Thaiand.

Advertisements

Beliau difahamkan hadir selaku pengganti kepada Diogo Luis Santo yang difahamkan sedang dibelenggu kecederaan untuk beberapa bulan mendatang.

Kehadiran Heberty akhirnya merealisasikan impian DYAM TMJ untuk melihat kelibat penyerang prolifik Brazil itu bersama Harimau Selatan.

Advertisements

Dalam satu kenyataan pada tahun 2018, baginda menjelaskan bahawa usaha untuk mendapatkan pemain ini tidak dapat diteruskan ketika itu atas beberapa faktor.

“Memang benar (JDT membuat langkah ke atas Heberty). Kami cuba mendapatkan Heberty pada satu ketika dari Muangthong tetapi sudah tentu dia meminta harga yang terlalu tinggi dan Muangthong tidak mahu menjualnya pada masa itu kerana dia adalah penjaring terbanyak mereka.”

Advertisements

“Kami memang mahu menandatangani tetapi dia (Heberty) terlalu mahal,” jelas baginda.

Heberty menjadi nilai tambah yang cukup berharga buat JDT yang sudah pasti mahu mempersiapkan pasukan terbaik bagi menghadapi kejohanan Liga Juara-Juara AFC musim ini.

Advertisements

Pemain ini pernah meledak dua gol ketika membantu Muangthong menewaskan JDT dalam pusingan kelayakan Piala AFC (ACL) pada tahun 2018.

Sebagai rekod, bekas pemain Cerezo Osaka di Jepun ini telah meledak 159 gol dalam 249 sepanjang beraksi di Thailand bersama beberapa buah kelab di sana.

Advertisements

News Comments Account