Heberty Pilih Kekal Di JDT?
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemain tengah berpengalaman Johor Darul Ta’zim (JDT), Heberty Fernandes dijangka kekal bersama jaguh Selatan itu pada musim 2024.

Bintang kelahiran Brazil itu menyertai skuad Harimau Selatan pada jendela perpindahan kedua untuk menampung ketiadaan Leandro Velazquez yang mengalami kecederaan jangka panjang.

Impak besar yang dibawa olehnya jelas membantu JDT untuk mengekalkan mahkota kejuaraan 4 trofi musim ini.

Advertisements

Pada musim ini, penjaring terbanyak Liga 1 Thailand ini mencipta impak yang amat memberangsangkan apabila meledak lebih 11 gol dalam semua kejohanan sejak bersama JDT.

Menerusi satu hantaran oleh penganalisis bebas bola sepak Malaysia, Juan Bapakaw, beliau memberi bayangan bahawa pemain ini akan kekal bersama JDT pada musim hadapan.

Advertisements

Sebelum ini, pemilik kelab JDT, DYAM TMJ telah memberitahu mengenai perancangan pasukan untuk membawa masuk sekitar 5 orang pemain dengan tiga pemain import bahawa bersama dua pemain tempatan bagi musim 2024.

Beberapa pemain kini dikaitkan ke selatan tanah air namun tiada pengesahan dari mana-mana pihak setakat ini.

Advertisements

JDT baru sahaja menjulang kejuaraan Liga Super ke-20 dengan sambutan besar-besaran dilangsungkan di Stadium Sultan Ibrahim pada 17 Disember 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram