Hector Bellerin Dedahkan Gunakan Khidmat Perancang Data Analisis Demi Masa Depan Bersama Real Betis
Dunia
instagram: @hectorbellerin
Advertisements

Bekas Bintang Arsenal, Hector Bellerin mendedahkan bagaimana beliau membuat keputusan untuk keluar dari Arsenal secara pinjaman ke kelab La Liga, Real Betis. 

Tercetusnya motivasi pemain kelahiran Sepanyol ini untuk berkelana ke liga La Liga oleh kerana ayahnya sendiri adalah salah seorang daripada penyokong kelab tersebut. 

Pemain pertahanan berusia 26 tahun itu sebelum ini hanya membuat sebanyak empat penampilan di peringkat senior bersama pasukan negaranya sejak memulakan debutnya pada tahun 2016. 

Advertisements

Bellerin dan ayahnya sering membincangkan mengenai masa depannya dan ayahnya pernah berkata, “anda harus pergi ke Betis”. Berikutan kontraknya bersama Arsenal hanya tinggal 1 tahun sahaja lagi, maka beliau memerlukan minit permainan yang cukup untuk bersaing dalam skuad Sepanyol. 

Kelihatan jelas dari segi matlamat dan visi beliau untuk berada dalam skuad antarabangsa Sepanyol bagi saingan Piala Dunia 2022 yang akan datang di Qatar.

Menurut The Athletic, Bellerin menggunakan perunding data bola sepak Analytics FC bagi membantunya mencari kelab yang terbaik untuk berhijrah. 

Advertisements

Real Betis menduduki tangga keenam pada musim lalu dalam saingan La Liga. Kelab ini merupakan kelab yang berada di kedudukan tertinggi dalam senarai tapisan pasukan buat Bellerin.

Berdasarkan penyelidikan dan pengiraan matematik yang dijalankan oleh perunding dari Analytics FC, ia menjelaskan gaya permainan pengurus Real Betis, Manuel Pellegrini yang lebih cenderung dalam menggunakan formasi 4-2-3-1 pada saingan musim lepas. 

Hal ini menunjukkan bahawa posisi bek kanan merupakan salah satu tunjang utama dalam mengayakan corak permainan Pellegrini sekaligus memberi kelebihan buat Bellerin bagi memaksimumkan kemampuannya bermain sebagai pemain bek kanan. 

Advertisements

Analytics FC juga memandang dari sudut keperluan semasa bagi setiap kelab, dan untungnya buat bellerin kerana pasukan Real Betis ketika ini sangat memerlukan seorang pemain yang boleh bermain di posisi bek kanan. 

Keputusan yang dilakukan oleh Bellerin wajar diberi pujian oleh kerana beliau tidak memandang remeh dalam merancang masa depannya. 

Bellerin merupakan pemain bintang pertama yang menggunakan analisis data bagi membantunya dalam mencapai matlamat dalam sukan bola sepak.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram