Era Gemilang Hector Bidoglio Bermula, Kendali Latihan Pertama JDT
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Ketua jurulatih baharu pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio sudah mula mengendalikan latihan pertama bersama pasukan JDT hari ini.

Jurulatih berusia 54 tahun itu diumumkan sebagai pengendali baharu Harimau Selatan selepas pengumuman mengejut bekas jurulatih, Benjamin Mora yang tidak lagi bersama pasukan.

Sebelum itu, pengendali berusia 43 tahun itu dikesan tidak bersama pasukan sejak 2 perlawanan JDT sebelum pengumuman rasmi dibuat untuk menjelaskan status beliau.

Advertisements

Kini, bekas pengendali Newell’s Old Boys ini mempunyai pengalaman yang cukup luas di pentas bola sepak Amerika Latin selain pernah berguru dengan nama-nama besar di Eropah seperti Marcelo Bielsa ketika bersama pasukan kebangsaan Chile.

Ketika ini, segala ilmu dan juga pengalamannya ditagih oleh JDT dalam usaha untuk merangkul sebanyak mungkin kejuaraan.

Para pemain juga dilihat kekal dengan momentum dan motivasi terbaik bagi berdepan KL City FC, Isnin ini.

Advertisements

Sungguhpun sesi latihan berlangsung dalam keadaan hujan, namun para pemain kekal komited dan meneruskan usaha bagi mempersiapkan pasukan.

Tugasan penting menanti jurulatih kelahiran Argentina ini adalah untuk memacu pasukan yang kini berada pada puncak liga selain kemaraan pada pusingan kalah mati ACL menjadi keutamaan JDT ketika ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram