Rasmi: Hector Bidoglio Pacu Era Baharu JDT
Dunia
MakanBola
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini mengumumkan kehadiran jurulatih baharu pasukan, Hector Bidoglio berkuat kuasa serta merta.

Menerusi satu kenyataan oleh Johor Southern Tigers, beliau secara rasminya bakal mengambil alih tugas daripada bekas jurulatih, Benjamin Mora.

Advertisements

Bekas pemain Venezuela ini memulakan karier kejurulatihan dengan kelab beberapa kelab yang berpangkalan di Argentina, Newell’s Old Boys. 

Malah, Bidoglio sebelum ini juga pernah mengemudi beberapa pasukan lain di pentas tertinggi di Argentina, Peru dan Ecuador.

Advertisements

Pengendali berusia 54 tahun ini juga memiliki pengalaman yang luas selain pernah menimba ilmu di kelab Sepanyol seperti Real Madrid, Barcelona, Sevilla dan Real Betis. 

Beliau juga umumnya diketahui pernah bekerjasama dengan pengurus Liga Perdana Inggeris, Marcelo Bielsa ketika mereka bersama-sama pasukan kebangsaan Chile pada 2009.

Advertisements

Tugasan terbesar beliau adalah untuk mengemudi pasukan di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan juga Liga Super buat kali ke-9.

News Comments Account