Helah menggunakan bahasa Melayu ketika menentang wakil dari China menjadi lagi.
Situasi itu berlaku melibatkan pertembungan antara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik ketika menentang pasangan China, Liang Wei Keng-Wang Chang.
Aksi di gelanggang satu berakhir dengan kemenangan diraih wakil China dengan keputusan 24-22, 21-14.
Tumpuan peminat bagaimanapun terarah kepada helah yang digunakan oleh jurulatih, Tan Bin Shen yang berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu kepada beregu negara ini.
Hal ini susulan pertembungan dengan wakil China dan jurulatih tidak mahu setiap perancangan yang digunakan berjaya dikesan oleh lawan.
Perancangan ketika masa rehat itu masih tidak cukup untuk membantu wakil negara ini mengatasi lawan sungguhpun berjaya merekodkan kemenangan dalam aksi terakhir mereka di separuh akhir Thomas Cup. 2024.
Aaron dan Wooi Yik lega apabila masih berpeluang untuk melangkah ke peringkat suku akhir sungguhpun hanya sebagai naib juara kumpulan.