Advertising
Herry Iman Mulakan Tugas Di BAM
UltraSukan
PBSI

Jurulatih beregu lelaki baharu negara, Herry Iman Pierngadi memulakan tugasnya bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Selepas tiba di Kuala Lumpur pada 30 Januari lalu, Herry meninjau sesi latihan pemain beregu lelaki di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara.

Ad

Ini berdasarkan satu video yang dikongsikan wartawan Astro Arena, Faizal Bazari. Herry meninjau sesi latihan sambil ditemani Pengarah Kejurulatihan BAM, Rexy Mainaky.

Ad

Jurulatih berusia 62 tahun itu dipilih sebagai pengganti jurulatih sebelumnya, Tan Bin Shen. Bin Shen tidak lagi bersama BAM selepas saingan Malaysia Open 2025 kerana menerima tawaran kejurulatihan di Hong Kong.

Kepakaran beliau melahirkan ramai beregu handalan Indonesia dijangka ditagih untuk meningkatkan standard beregu lelaki negara.

Ad

Antara beregu lelaki handalan yang pernah dibentuk Herry ialah Candra Wijaya-Tony Gunawan, Hendra Setiawan-Markis Kido dan Kevin Sanjaya-Marcus Fernaldi.

Ad

Herry dijangka memberi fokus kepada saingan Badminton Asia Mixed Team Championship 2025 pada Februari ini dan All England Open 2025 pada Mac.

Ad