Perak 2-2 Johor Darul Ta’zim – Liga Super 2021
Highlight
Advertisements

Johor Darul Ta’zim bangkit dari ketinggalan 2-0 sebelum menyamakan kedudukan pada minit-minit terakhir perlawanan menjadikan keputusan seri 2-2 di Stadium Ipoh, Perak.

Pasukan Perak yang kini berada dikedudukan ke-10 liga melayani pasukan Johor Darul Ta’zim yang berada dikedudukan teratas Liga Super 2021 di Stadium Perak, Ipoh, Perak.

Dalam perlawanan sebelum ini pasukan Perak tewas kepada Kuala Lumpur City 3-0 di Stadium KL, Cheras.

Advertisements

Pasukan Johor Darul Ta’zim pula dalam perlawanan sebelum ini hanya sekadar seri 1-1 menentang pasukan Selangor di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru.

Dalam 5 perlawanan sebelum ini pasukan Perak menang 1, tewas 4, dan seri 1 perlawanan ketika berhadapan dengan pasukan Johor Darul Ta’zim.

Pertembungan terakhir diantara kedua-dua pasukan adalah pada 4 September 2020 dimana pasukan Johor membelasah pasukan Perak 7-0 di Stadium Sultan Ibrahim.

Advertisements

Perak mendahului JDT seawal minit ke-33 menerusi penyudah cantik Guilherme De Paula. JDT yang cuba bangkit gagal gagal mendapatkan sebarang gol pada separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua perlawanan, JDT menggandakan serangan namun akhirnya memakan diri apabila De Paula menggandakan jaringan menerusi satu serangan balas pada minit ke-58.

Sumareh yang hanya bermain selama 15 minit mengalami kecederaan digantikan Akhyar Rashid yang berjaya merapatkan kedudukan kepada 2-1 menerusi penyudah cantik dalam keadaan kelam kabut di kotak penalti Perak pada minit ke-74.

Advertisements

Usaha JDT mendapatkan jaringan penyamaan akhirnya membuahkan hasil apabila Leandro menjaringkan gol penalti pada masa kecederaan pada minit ke-94.

https://www.youtube.com/watch?v=7Yy22pJP-sg

JDT kekal di tangga teratas liga manakala pasukan Perak naik 1 anak tangga ke kedudukan ke-9 Liga Super 2021.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram