Terkini: Seorang Lelaki Ditahan, Cuba Ceroboh Balai Polis & Rampas Submesingan
MakanBola
TV3

Seorang lelaki telah ditahan apabila beliau melakukan percubaan untuk merampas submesingan di Goergetown, Pulau Pinang.

Indivitdu tersebut ditahan ketika cuba merampas submesingan jenis HK MP5 daripada anggota polis yang bertugas di pintu pagar Balai Polis Dato Keramat di sini, awal pagi tadi.

Ad
Advertisement

Menurut laporan oleh wartawan Media Prima, Redzuan Abdul Manap, suspek berusia 35 tahun itu dilaporkan menunggang sebuah motosikal sebelum menghampiri anggota yang sedang menjalankan tugas di pintu pagar balai berkenaan kira-kira jam 4 pagi.

Ad

Beliau meminta anggota membuka laluan masuk dan ketika anggota berkenaan meminta suspek menyatakan tujuan ke balai, suspek tiba-tiba mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota berkenaan selain menceroboh masuk perkarangan balai.

Advertisement

Tindakan luar kawalan ini berterusan apabila suspek cuba untuk merampas submesingan jenis HK MP5 milikan anggota namun cubaan itu berjaya digagalkan.

Tindakan anggota berkenaan cuba untuk menenangkan suspek termasuk memberi amaran supaya tidak mengulangi tindakannya tidak terhenti di situ selepas suspek membuka topi keledarnya secara mengejut dan menyerang anggota terbabit.

Ad
Advertisement

Terdapat pergelutan yang berlaku dan susulan pergelutan yang berlaku, suspek mengalami kecederaan di muka dan tangan ketika anggota melakukan tangkapan dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Ad

Suspek telah direman empat hari bagi tujuan siasatan dengan satu lagi kejadian menggemparkan Malaysia selepas cubaan memasuki Istana Negara oleh individu yang tidak dikenali dengan membawa sebilah parang.

Advertisement