Dua Lelaki Ditahan Cuba Masuk Istana Negara Dengan Parang
Highlight
Istana Negara
Advertisements

Dua lelaki ditahan oleh pihak berkuasa hari ini apabila melakukan cubaan untuk masuk ke Istana Negara dan membawa sebilah parang.

Perkara ini dilaporkan oleh wartawan Media Prima, Redzuan Abdul Manap berkenaan situasi yang melanda perkarangan Istana Negara hari ini.

Dua individu masing-masing berusia 29 dan 37 tahun itu ditahan selepas cuba memasuki Pintu 3, Istana Negara dengan tujuan untuk berjumpa YDPA.

Advertisements

Pihak polis yang curiga dengan perbuatan itu memilih untuk melakukan permeriksaan lanjut terhadap kenderaannya.

Hasil pemeriksaan mendapati bahawa suspek telah membawa sebilang parang bersama dengan kedua-duanya difahamkan telah ditahan.

Advertisements

“Pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan suspek menjumpai sebilah parang,” ujar kenyataan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur.

“Ujian air kencing suspek negatif. Kes disiasat dibawah Seksyen 447/511 KK dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958. Suspek direman 4 hari.”

Advertisements

Polis menyeru orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan sesuatu berita yang tidak pasti.

“Sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” ujarnya.

Advertisements

Baru-baru ini, warga Johor digemparkan dengan serangan terhadap Balai Polis Ulu Tiram yang menyebabkan dua anggota polis maut.

Seorang konstabel dipercayai meninggal dunia kerana ditetak di bahagian belakang leher dan kepala manakala seorang lagi maut kerana ditembak di bahagian perut dan lengan.

Sebelum ini, DYAM Tunku Mahkota Ismail telah mengingatkan bahawa insiden yang berlaku ini semuanya di luar kawasan bola sepak dan meminta agar semua pihak berhati-hati.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram