Advertisement
Hilang 5 Tonggak Utama Lawan JDT, KL City Tak Mahu Mengalah Awal
Liga Super
MakanBola
Kuching City FC

Jurulatih KL City, Miroslav Kuljanac enggan berputus asa meskipun berdepan juara Liga Super musim 2023, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) esok.

Perlawanan ini menyaksikan kedua-dua pasukan turun tanpa beberapa tonggak. JDT dilihat tempang tanpa peledak berbisa mereka, Bergson da Silva dan pemain sayap kebangsaan, Arif Aiman Hanapi.

Sementara KL City pula terpaksa menyisihkan khidmat Kamal Azizi Mohamad Zabri, Anwar Ibrahim, Nick Swirad dan Lazar Sajcic akibat kecederaan.

The City Boys juga terpaksa melupakan khidmat bek tengah Montenegro, Adrijan Rudovic. Ini kerana bek tengah berusia 28 tahun itu masih menjalani penggantungan selepas mengutip kad merah semasa menentang Kuching City FC.

Meskipun tempang tanpa ramai tonggak utama, Kuljanac melihat ini sebagai satu cabaran buat anak buahnya untuk meraih kemenangan di hadapan penyokong setia mereka.

“Kita kena bekerja dengan (barisan) pemain yang ada. Saya katakan dari awal lagi, kita perlu berikan persembahan terbaik di atas padang.

“Dan itu jangkaan saya (kepada pasukan). Kita akan berjuang dan saya beritahu anda, kita ada rancangan. Saya tak nak merungut sebab itu (berlaku) di luar kawalan saya.

“Tapi kita masih memiliki pemain yang cukup untuk bermain dengan baik dan mendapatkan kemenangan,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dalam temubual pra-perlawanan.

The City Boys berharap dapat menambah koleksi mata selepas sebelum ini diikat 1-1 oleh The Cats dalam aksi liga sebelumnya pada 12 Mei lalu.

Selepas tidak beraksi pada minggu lepas, KL City bakal melayan kunjungan JDT di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras esok.