Advertisements
Hoki 5s Piala Dunia: Belanda Pamer Kualiti Sebenar, Tundukkan Malaysia
UltraSukan
UltraSukan
FIH

Skuad hoki 5 sebelah wanita Malaysia kecundang kepada Belanda dalam aksi kedua kumpulan Hoki 5s Piala Dunia.

Advertisement

Malaysia yang mencatatkan kemenangan 10-0 ke atas Oman pada aksi pertama dilihat gagal mengawal pergerakan lincah pemain Belanda.

Lana Kalse berjaya membuka tirai jaringan buat pasukan Belanda pada minit kelapan menerusi jaringan padang.

Advertisement

Skuad negara terus dikejutkan dengan tiga jaringan pantas dalam masa dua minit melalui Bente Van Der Veldt pada minit ke-11, Floor De Haan (minit-11) dan Sosha Benninga (minit-12).

Sebelum separuh masa pertama tamat, Belanda terus merombak gawang Malaysia melalui jaringan padang Janneke Van De Venne.

Advertisement

Bersambung babak kedua, Belanda terus mengganas dengan 4 jaringan menerusi Bente Van Der Veldt, Lana Kalse, Danique Van Der Veerdonk dan Noor De Baat dalam tempoh 8 minit.

Advertisement

Sosha Benninga melengkapkan kemenangan besar Belanda dengan jaringan kesepuluh dua minit sebelum tamat permainan.

Tamat perlawanan, Malaysia 0-10 Belanda.

Advertisement

Aksi terakhir kumpulan menyaksikan skuad hoki 5s negara akan berdepan Fiji pada 25 Januari jam 2.30 petang waktu tempatan.