Advertisements
Hoki 5s Piala Dunia: Malaysia Mara Selepas Ditentang Hebat Fiji
UltraSukan
UltraSukan
MHC

Skuad hoki 5 sebelah wanita negara berjaya melepasi peringkat kumpulan walaupun diikat Fiji dalam aksi kumpulan A Hoki 5s Piala Dunia.

Skuad negara dikejutkan dengan jaringan Fiji menerusi pemain berjersi nombor sembilan, Lora Bukalidi seawal minit kedua permainan.

Seakan tersentak, anak-anak buah Nabil Fiqri terus mengatur gerak bagi mencari jaringan penyamaan bagi mengikat perlawanan.

Hasilnya, Dian Nazeri berjaya menjaringkan gol buat skuad wanita negara sebelum babak pertama berakhir.

Kembali dari rehat, Fiji kembali mendahului menerusi dua gol pantas oleh Melba Nautu dan Tiara Dutta pada minit ke-18 dan 20.

Skuad negara tidak duduk diam, 3 jaringan pantas dalam masa 3 minit melalui jaringan padang Ellya Ellias, Dian Nazeri dan Qhairunisya berjaya membuatkan lawan terkedu.

Namun, seminit kemudian Fiji membalas dengan jaringan penyamaan menerusi gol padang Lala Ravatu sekaligus mengikat kedudukan 4-4 hingga tamat permainan.

Keputusan seri menyaksikan Malaysia berada di tangga kumpulan A dengan 4 mata, sekaligus mengesahkan slot ke suku akhir selaku naib juara kumpulan.

Related Articles