Malaysia kempunan untuk menamatkan kempen di tempat ketujuh setelah tumbang kepada Ukraine aksi penentuan tempat ketujuh dan kelapan hoki kelayakan Olimpik 2024.
Skuad hoki wanita negara turun dengan misi mencatatkan kemenangan untuk menamatkan kempen sekurang-kurangnya di tempat ketujuh dalam aksi kelayakan ini.
Suku pertama bermula sedikit perlahan dengan kedua-dua pasukan masih mencari rentak permainan masing-masing.
Skrip sama berulang di suku kedua dengan Malaysia dihadiahkan satu pukulan sudut penalti pada minit ke-19 namun tidak berjaya disempurnakan.
Separuh masa pertama tamat, Malaysia 0-0 Ukraine.
Ukraine akhirnya dihadiahkan pukulan sudut penalti sebelum suku ketiga berakhir dan Anastasiia Voievoda berjaya menyempurnakannya untuk meletakkan Ukraine di depan.
Valeriia Rudychenko pula menambah luka skuad negara apabila cemerlang meledak gol kedua Ukraine menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-52.
Malayan Tigresses berjaya meraih gol saguhati menerusi jaringan padang Fatin Sukri, namun sudah terlambat untuk keputusan berakhir, Malaysia 1-2 Ukraine
Dengan kekalahan ini menyaksikan Malaysia sekadar berpuas hati menamatkan aksi kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 di Valencia, Sepanyol di tempat kelapan.