Advertisement
Hoki Kelayakan Olimpik: Malaysia Pamer Semangat Juang Sebelum Ditewaskan Korea Selatan
UltraSukan
UltraSukan
FIH

Malaysia terus kecewa selepas tumbang kepada Korea Selatan dalam aksi klasifikasi tempat kelima hingga kelapan hoki kelayakan Olimpik 2024.

Sebelum ini, skuad hoki wanita negara mengakhiri peringkat kumpulan ditempat keempat selepas mencatatkan tiga kekalahan.

Anak-anak buah Nasihin Nubli berjaya menyerap asakan Korea Selatan dan mengimbangi perlawanan di sepanjang suku pertama dan kedua berlangsung.

Disiplin mantap yang dipamerkan skud negara menyaksikan separuh masa pertama berakhir 0-0.

Kekebalan kubu negara tidak bertahan lama apabila Cho Hyejin menjaringkan gol menerusi gol padang tiga minit selepas rehat.

Lee Yuri menggandakan jaringan buat Korea Selatan selepas menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-46.

Skuad negara terus berduka selepas Park Seungae menjaringkan gol menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-54.

Gol tersebut kekal sehingga tamat perlawanan sekaligus skuad negara bakal terlepas peluang untuk berada di tempat kelima atau keenam di aksi kelayakan ini.

Dengan keputusan ini, skuad Malayan Tigresses akan berdepan satu lagi perlawanan untuk klasifikasi tempat ketujuh dan kelapan.