Hoki Piala Dunia Remaja: Jerman Muncul Juara Kali Ketujuh, Tewaskan Perancis
UltraSukan
MHC
Advertisements

Jerman terpaksa bekerja keras sebelum menggondol gelaran juara Piala Dunia Hoki Remaja buat kali ketujuh dalam sejarah kejohanan.

Kejayaan itu dicapai selepas mengatasi cabaran Perancis di pentas final Piala Dunia Hoki Remaja 2023 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Dari segi rekod pencapaian, skuad hoki remaja Jerman lebih berpengalaman kerana pernah menjulang trofi itu sebanyak enam kali. Mereka melakukannya pada 1982, 1985, 1989, 1993, 2009 dan 2013.

Advertisements

Sementara Perancis pula berazam meraih gelaran juara selepas dikecewakan Jerman di pentas final edisi 2013.

Suku masa pertama menyaksikan Jerman banyak mendominasi perlawanan tetapi gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan.

Sebaliknya, Perancis pula yang membuka jaringan terlebih dahulu dalam suku kedua perlawanan menerusi penjaring terbanyak mereka, Jules Verrier pada minit ke-17. Keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Advertisements

Suku ketiga perlawanan menyaksikan Jerman tampil garang mengasak. Selepas diaibkan lawan sama di peringkat kumpulan pada 6 Disember lalu, anak-anak buah Rein van Eijk tidak mahu tewas lagi.

Jerman kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-32 menerusi Jan Cordes. Jerman kemudiannya mendahului menerusi pukulan mudah Liam Holdermann pada minit ke-40 menewaskan penjaga gol Perancis, Marius Clement.

Suku keempat menyaksikan Perancis berusaha mencari gol penyamaan untuk mengheret perlawanan ke penentuan penalty shootout tetapi gagal.

Advertisements

Jerman tenang mengawal tempo permainan dan memastikan keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Kejayaan final hari ini menamatkan penantian Jerman untuk menggondol Piala Dunia Hoki Remaja buat kali pertama sejak 2013.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram