Hoki Piala Dunia Remaja: Jerman Tepati Ramalan Ke Final, Tundukkan Ego India
UltraSukan
Times India
Advertisements

Jerman menepati ramalan untuk melayakkan diri ke pringkat akhir selepas menumbangkan jaguh Asia, India dalam aksi separuh akhir Hoki Piala Dunia Remaja 2023.

India yang turun dengan misi mahu menebus kekecewaan setelah tumpas di separuh akhir pada edisi lalu dilihat lebih mendominasi permainan berbanding pasukan Jerman.

Namun, Jerman terlebih dahulu memecah kebuntuan gol apabila Ben Hasbach menjaringkan gol menerusi gol padang seawal minit kelapan.

Advertisements

Seakan tersentak, India bangkit memperkemas barisan serangan dan berhasil mencari jaringan penyamaan menerusi Sudeep Chirmako tiga minit kemudian.

Suku kedua menyaksikan skrip sama berulang apabila India yang lebih banyak menguji gawang Jerman tersentak dengan jaringan kedua Jerman menerusi Ben Hasbach untuk menutup cerita separuh masa pertama dengan keputusan 2-1.

Hujan mula turun di awal saingan separuh masa kedua namun itu bukan penghalang untuk kedua-dua pasukan mempamerkan permainan yang mengujakan.

Advertisements

Jerman semakin selesa di hadapan apabila Paul Glander mudah menyempurnakan pukulan sudut penalti yang dianugerahkan oleh pengadil pada minit ke-41.

Di suku terakhir, India lebih agresif untuk mencari jaringan bagi megikat perlawanan namun kekebalan benteng pertahanan Jerman jelas mengecewakan barisan serangan Jaguh Asia tersebut.

Tiga minit sebelum masa sebenar tamat, Jerman sekali lagi menembusi gawang gol India menerusi Florian Sperling untuk mengesahkan tempat Jerman di peringkat akhir nanti.

Advertisements

Tamat permainan, Jerman menewaskan India dengan jaringan 4-1.

Di final pada Sabtu, Jerman akan menantikan pemenang sama ada Perancis atau Sepanyol dalam satu lagi aksi separuh akhir yang akan berlangsung selepas ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram