Hoki Piala Dunia Remaja: Malaysia Kembali ‘Mengaum’, Sekat Kemaraan Mesir
UltraSukan
Hokita
Advertisements

Skuad hoki remaja negara bangkit dari kekecewaan gagal layak ke suku akhir apabila mudah menewaskan Mesir dalam aksi kualifikasi 9-16 Hoki Piala Dunia Remaja 2023

Malaysia yang turun dengan seragam kuning hitam mula menyerang sejak minit pertama permainan dalam misi mencari gol awal berjaya mendahului menerusi Harris Osman seawal minit kelapan.

Mesir cuba bangkit untuk mencari gol penyamaan menggunakan kelebihan fizikal yang dimiliki mereka namun pertahanan yang kemas ditampilkan skuad remaja negara berjaya mematahkan serangan Mesir untuk menamatkan suku pertama dengan keputusan 1-0.

Advertisements

The Young Tigers tidak menunggu lama untuk menambah jaringan di suku kedua setelah kapten, Faris Harizan memanfaatkan pukulan sudut penalti yang dianugerahkan oleh pengadil seminit selepas suku kedua bermula.

Mesir terus berusaha untuk memberikan saingan namun keputusan 2-0 memihak pasukan Malaysia kekal hingga separuh masa pertama berakhir.

Advertisements

Separuh masa kedua bermula menyaksikan skuad hoki remaja negara memilik deretan peluang melalui pukulan sudut penalti namun aksi mantap penjaga gol Mesir, Mahmoud Hussin berjaya menafikan peluang tersebut.

Kekebalan gawang Mesir akhirnya berjaya ditembusi menerusi Muhammad Danish Aiman pada minit ke-44 sekaligus melebarkan kedudukan kepada 3-0 berpihak skuad negara.

Advertisements

Suku terakhir permainan menyaksikan skrip sama di mana skuad muda negara menguasai permainan dan berjaya meledak gol keempat apabila Che Nur Aqilrullah memanfaatkan situasi kelam-kabut di hadapan pintu gol Mesir.

Jaringan saguhati berjaya akhirnya dimiliki pasukan Mesir setelah pukulan deras Basel Abdelmonem berjaya menerjah jaring gol Malaysia seminit sebelum masa permainan tamat.

Advertisements

Tamat permainan, Malaysia berjaya menewaskan Mesir 4-1.

Malaysia meneruskan misi memburu kedudukan terbaik dalam kempen ini dan bakal berhadapan pemenang di antara Belgium dan Kanada dalam aksi kualifikasi 9-12 manakala Mesir akan bermain di peringkat kualifikasi 13-16.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram