Hoki Piala Dunia Remaja: Malaysia Sasar ‘Ratah’ Chile
UltraSukan
MHC
Advertisements

Menjelang aksi pertama Kumpulan A membabitkan Malaysia dan Chile malam ini, The Young Tigers diharap dapat memulakan kempen Piala Dunia Remaja 2023 dengan langkah kanan.

Hasrat ini disuarakan oleh penganalisis sukan negara, Datuk Dr Pekan Ramli. Ini kerana kemenangan hari ini mampu memberi semangat kepada skuad remaja negara untuk mengharungi baki dua aksi sukar Kumpulan A.

Young Tigers perlu menanam misi wajib menang menentang Chile untuk menarik minat penonton hadir beri sokongan bagi perlawanan menentang Argentina dan Australia.

Advertisements

“Saya menyarankan penonton yang datang ke Piala Malaysia pada Jumaat, datang awal dan beri sokongan kepada pasukan hoki kerana percuma. Jadi berilah sokongan kepada pasukan kita,” katanya kepada media semalam.

Pekan turut mengingatkan para pemain agar fokus dan tidak hanyut dengan kejayaan mengalahkan India dalam aksi persahabatan pra-kejohanan.

Ini kerana aksi persahabatan tersebut bukan penanda sebenar prestasi kedua-dua pasukan dan peluang bagi jurulatih bereksperimen dengan barisan pemain mereka.

Advertisements

“Malaysia dan India merupakan pasukan yang kerap jumpa. Menang itu bukan gambaran untuk kita terlalu yakin menang semua perlawanan, tapi mungkin boleh jadi suntikan moral,” tambahnya.

Selepas berjumpa Chile, The Young Tigers bakal berdepan juara bertahan Argentina pada 6 Disember. Setelah itu, Malaysia menutup kempen kumpulan dengan menentang Australia pada 8 Disember.

Piala Dunia Remaja 2021 menyaksikan The Young Tigers berjaya mara ke suku akhir sebelum disingkirkan jaguh Eropah, Perancis.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram