UltraSukan
Hokita
Advertisements

Skuad hoki B-21 Malaysia menamatkan kempen Kumpulan B Piala Sultan Johor tanpa kemenangan selepas kalah tipis 3-2 kepada Pakistan dalam aksi terakhir kumpulan hari ini.

Advertisements

Dengan peluang layak ke separuh akhir Piala Sultan Johor sudah tertutup, kemenangan dicari bagi menebus maruah The Young Tigers.

Manakala Pakistan pula berharap dapat merekodkan kemenangan besar bagi membolehkan mereka layak ke separuh akhir sebagai juara kumpulan.

Advertisements

Skuad negara yang dibimbing Muhamad Amin Rahim mula ketinggalan seawal minit ke-13 menerusi Abuzar.

Pakistan makin selesa di hadapan menerusi dua gol dalam tiga minit. Kedua-dua gol ini masing-masing disumbang Arbaz Ahmad (minit ke-21) dan Muhammad Khan (minit ke-24).

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, Pakistan yang dibimbing bekas pengendali negara dari Belanda, Roelant Oltmans berusaha mencari gol tambahan.

Bagaimanapun, untuk suku ketiga perlawanan, barisan pertahanan The Young Tigers memastikan gawang mereka dikawal ketat agar tidak dibolosi lagi.

Malaysia bangkit merapatkan jurang menerusi pukulan sudut penalti Shahmie Irfan Suhaimi pada minit ke-47.

Pakistan makin cemas apabila Shafiq Ikhmal Daniel menyumbat gol kedua skuad negara pada minit ke-51.

Malaysia terus memberi tentangan sengit kepada Pakistan tetapi keputusan 3-2 kekal sehingga tamat perlawanan.

Selepas ini, The Young Tigers akan berdepan Great Britain untuk perlawanan penentuan tempat kelima hingga kelapan pada 2 November.

Sementara Pakistan pula berdepan Australia di pentas separuh akhir pada hari yang sama bagi menentukan pasukan mana layak ke final.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram