Advertising
Hon Jian-Haikal Nazri Terlepas Malaysia Open
UltraSukan
BA Malaysia

Beregu lelaki ke-21 dunia, Choong Hon Jian dan Muhammad Haikal Nazri terpaksa melupakan saingan Malaysia Open 2025.

Hal ini berlaku kerana Haikal mengalami kecederaan fleksor pinggul ketika menjalani latihan baru-baru ini. Perkara ini dikongsikan beliau dengan wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

Ad

“Untuk saingan Malaysia Open ini, saya rasa saya tak dapat nak sertai. Saya ada masalah kecederaan di bahagian pinggul, mungkin di bahagian fleksor pinggul,” katanya.

Ad

Haikal turut memaklumkan beliau masih menimbang pilihan sama ada menjalani pembedahan atau tidak.

“Buat masa sekarang, saya tak pasti (sama ada) saya nak buat pembedahan atau hanya buat pemulihan. Buat masa sekarang, saya hanya fokus kepada (pemulihan) kecederaan saya,” tambahnya.

Ad

Berita ini menggugat perancangan Hon Jian-Haikal untuk kembali bangkit pada tahun 2025. Mereka menjadi sebahagian daripada enam beregu lelaki negara yang menduduki kedudukan 30 beregu lelaki terbaik dunia.

Ad

Pencapaian terbaik Hon Jian-Haikal pada tahun 2024 ialah gelaran juara Orleans Masters yang diraih pada Mac lalu.

Ad