Hong Kong Open: Pearly Tan-M. Thinaah Ke Final, Singkirkan Regu No. 1 Korea Selatan
UltraSukan
Olympic Malaysia

Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah mara ke final kejohanan jelajah BWF buat kali kedua berturut-turut dengan mara ke final Hong Kong Open 2024.

Kejayaan ini dilakar apabila mereka menyingkirkan pilihan utama dari Korea Selatan, Baek Ha-na dan Lee So-hee di peringkat separuh akhir.

Ad
Advertisement

Dari segi ranking, kelebihan memihak kepada beregu Korea Selatan itu kerana mereka beregu nombor dua dunia. Namun begitu, rekod pertemuan lalu memberi kelebihan kepada Pearly-Thinaah dengan tiga kemenangan daripada empat perlawanan.

Ad

Kali terakhir kedua-dua regu bersemuka ialah separuh akhir Korea Open 2024. Perlawanan itu menyaksikan Ha-na-So-hee terpaksa akur dengan regu negara dengan keputusan 21-18, 21-13.

Advertisement

Set pertama menyaksikan pada awalnya, Pearly-Thinaah ketinggalan pada kedudukan 14-19. Walau bagaimanapun, kedua-duanya berjaya bangkit sebelum mengikat kedudukan 20-20.

Naib juara Korea Open 2024 itu mempamerkan permainan mantap sebelum meraih kemenangan 22-20 dalam set pertama.

Ad
Advertisement

Seakan tidak mahu skrip sama berulang, Ha-na-So-hee bangkit pada set kedua. Juara Indonesia Open 2024 itu memastikan set kedua milik mereka dengan keputusan 21-17.

Ad

Kekalahan di set berkenaan langsung tidak mematahkan semangat Pearly-Thinaah. Regu nombor lapan dunia itu kembali garang sebelum meraih kemenangan 21-15.

Advertisement

Mereka bakal berdepan sama ada satu lagi wakil Korea Selatan, Kim So-yeong-Kong Hee-yeong atau wakil China, Liu Sheng Shu-Tan Ning di pentas final.