Aksi Hong Wan Mata, Kaki Dan Otaknya Bergerak Sekali
TV
Advertisements

Nathaniel Shio Hong Wan (Hong Wan) yang dilahirkan pada 17 Ogos 2000 di Croydon, Selatan London secara rasminya kini milik pasukan Johor Darul Ta’zim.

Pemain muda berbakat ini menjadi perhatian sejak 2 tahun lalu apabila beliau beraksi bersama pasukan Liga Perdana Inggeris, Wolverhampton.

Hong Wan membuat 20 penampilan bersama pasukan bawah 23 tahun Wolverhampton di Liga Perdana 2 (Liga Simpanan) dan merupakan antara prospek masa depan dengan darah Asia terbaik buat pasukan serigala tersebut.

Advertisements

Namun pasukan Johor Darul Ta’zim berjaya menambat hati pemain ‘cerdik’ ini yang digelar sebagai genius oleh sebahagian peminat bola sepak Malaysia yang melihatnya beraksi.

Hong Wan kelihatan pandai membuat gerakan, hantaran dan beliau juga bukanlah pemain yang akan berlari tak tentu hala sebaliknya menggunakan akal untuk sebarang tindakan.

Hal ini menjadikannya calon sesuai untuk mengemudi bahagian tengah mana-mana pasukan yang diwakilinya dan harus diingat bahawa beliau baru berumur 20 tahun!

Advertisements

Tidak perlu fancy-fancy, beliau hanya menggunakan akal untuk hampir semua perkara di dalam padang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram