Hong Wan Terpaksa Digugurkan Dari Skuad Kebangsaan
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Nataniel Shio Hong Wan terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi dalam dua aksi persahabatan Tier 1 bersama kem Harimau Malaya.

Malaysia bakal berdepan cabaran pasukan Syria pada 6 September dan pasukan China yang dijadualkan berlangsung pada 9 September di Chengdu, China kelak.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini, pengendali kebangsaan Kim Pan-gon mengesahkan bahawa pemain tengah berusia 23 tahun itu terpaksa digugurkan akibat kecederaan.

Advertisements

Kim Pan-gon dalam pada itu juga memaklumkan bahawa penjaga gol Sabah, Damien Lim juga disisihkan akibat kecederaan yang dialami.

Penjaga gol KL City, Azri Ghani bakal menggantikan posisi Damien Lim sementara setakat ini, tiada pemain yang berada dalam senarai bersedia akan dipanggil bagi menggantikan posisi Hong Wan. Ini bermakna hanya 25 orang pemain yang akan menyertai kem latihan kali ini.

“Penjaga gol Kuala Lumpur City FC, Azri Ab Ghani yang sebelum ini berada dalam Senarai Bersedia telah dipanggil melapor diri ke kem latihan pasukan kebangsaan bermula hari ini bagi persiapan menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Syria dan China, 6 dan 9 September ini di Chengdu, China.”

Advertisements

“Azri akan menggantikan tempat penjaga gol Sabah FC, Damien Lim yang tidak dapat menyertai kem latihan pusat kali ini selepas disahkan mengalami kecederaan.”

“Sementara seorang lain pemain iaitu pemain tengah Johor Darul Ta’zim, Nathaniel Shio Hong Wan juga tidak dapat menyertai kem latihan pusat kali ini selepas turut disahkan mengalami kecederaan.”

“Namun, buat masa ini tiada sebarang penggantian pemain dari senarai bersedia bagi mengisi tempat Hong Wan untuk menjadikan skuad panggilan kali ini disertai seramai 25 orang pemain.”

Advertisements

“Semoga Damien dan Hong Wan cepat kembali sembuh dan seterusnya dapat dipanggil lagi pada kem latihan pusat Harimau Malaya yang akan datang,” ujar Kim Pan-gon.

Seramai 25 pemain yang dipanggil Kim Pan-gon akan memulakan sesi latihan hari ini di Wisma FAM, Kelana Jaya. Kem Harimau Malaya dijangka terbang ke China dua hari sebelum perlawanan iaitu pada 4 September 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram