Hubung Kait Bergson & Fazly Mazlan Yang Ramai Terlepas Pandang
Liga Super
JST & Selangor FC
Advertisements

Dua pemain yang tidak asing lagi dalam arena bola sepak Malaysia, Bergson Da Silva dan juga Fazly Mazlan sudah tentu sentiasa meniti di bibir para peminat bola sepak tanah air.

Bergson, anak jati kelahiran Brazil ini mula menempa nama di Malaysia sejak ketibaannya di Johor Darul Ta’zim (JDT) dan menjadi fenomena buat bola sepak JDT.

Fazly Mazlan pula merupakan bekas bintang JDT yang kini mula menjadi antara tunjang utama pada barisan pertahanan Selangor sejak musim lalu.

Advertisements

Namun begitu, ramai yang tidak tahu bahawa kedua-dua pemain ini mempunyai hubung kait yang jarang disebut-sebut sepanjang karier mereka.

  1. Mendapat semula rentak setelah berhijrah

Bergson telah pun beraksi bersama banyak kelab sepanjang kariernya di serata pelusuk dunia termasuklah di Asia sebelum ini bersama Suwon Bluewings pada tahun 2011.

Walau bagaimanapun, beliau tidak berjaya mendapatkan rentak terbaiknya sebelum membuat keputusan untuk ke JDT pada tahun 2021 sekaligus mendapat rentak terbaiknya bersama Harimau Selatan.

Advertisements

Bagi Fazly pula, beliau pernah dianggap sebagai salah seorang pertahanan kiri terbaik Malaysia ketika di JDT namun mula hilang rentak sebelum dipinjamkan ke Sri Pahang.

Penghijrahannya ke Selangor menyaksikan beliau mula mendapat keyakinannya dan dipanggil kembali ke kebangsaan untuk mewakili Malaysia di Piala AFF.

2. Persamaan antara Bergson dan Fazly Mazlan

Advertisements

Antara perkara yang mencuri tumpuan para peminat di media sosial apabila kedua-dua pemain ini dikesan sudah mula menukar but mereka bagi musim baharu ini.

Sungguhpun kedua-duanya telah beraksi dengan cukup cemerlang musim lalu, penggunaan but dilihat antara perkara yang dititikberatkan tatkala ia menjadi kunci bagi seseorang pemain di atas padang.

Menerusi beberapa perkongsian di Instagram Flair Football Concept, kedua-dua pemain ini sudah pun beralih arah untuk memakai but jenama Mizuno bagi musim 2023.

Advertisements

Individu pertama yang memakainya di Malaysia ialah Aidil Zafuan, sebelum beberapa nama lain turut beralih arah termasuklah Fazly, pertahanan muda JDT, Feroz Baharudin dan kini Bergson.

Penggunaan but jenis ‘mix-stud’ yang terkenal di Eropah ini sudah mula mendapat tempat dalam kalangan pemain di Malaysia.

Malah, pemain berusia 29 tahun itu pernah memberitahu bahawa perasaan memakai but ini adalah amat luar biasa dan beliau kelihatan lebih teruja untuk terus memacu cabaran pasukan.

Mizuno tampil dengan keluaran terbaru iaitu Mizuno Alpha kini menjadi pilihan Fazly dan Bergson yang dilihat membantu mereka untuk mencapai kualiti yang diharapkan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram