Hubungan Baik Dengan Cheng Hoe Punca Marcote Sertai Selangor
Dunia
Koleksi Peribadi Marcote
Advertisements

Bekas pengendali Kedah, Ramon Marcote mendedahkan hubungan baiknya dengan Tan Cheng Hoe adalah punca utama dia memilih menyertai Selangor.

Marcote kembali bekerjasama dengan Cheng Hoe apabila dilantik sebagai penolong jurulatih Red Giants musim ini dan dia tidak menunggu lama untuk memberikan kredit kepada bekas jurulatih kebangsaan itu.

“Anda semua tahu kan bahawa musim 2015 cukup indah untuk kami di mana kami berdua dapat melakukan sesuatu yang bermakna buat pasukan sehingga dapat ke final Piala Malaysia.

Advertisements

“Saya boleh katakan beliau adalah rakan yang cukup baik sebab sentiasa bercakap perkara yang baik sahaja mengenai saya dan memberi kepercayaan untuk saya ambil alih tempatnya ketika beliau ke China.

“Kalau anda masih ingat di dalam sidang media ketika dia bersama skuad kebangsaan, beliau mengatakan saya adalah calon yang layak untuk mengemudi Kedah pada ketika itu.

“Jadi dekat sini, apabila ada seseorang yang sentiasa berkata yang baik-baik untuk kita, saya memang tidak akan pernah lupakannya dan sebab tu apabila saya terima panggilan daripanya untuk datang ke Selangor, saya terima”, kata Marcote.

Advertisements

Sebagai rekod, Marcote merupakan penolong kepada Cheng Hoe di Kedah pada 2015 malah pernah diberi kepercayaan untuk memangku tugasan ketua jurulatih ketika Cheng Hoe menyertai kursus kejurulatihan profesional bersama Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di China.

Dia berjaya untuk membawa Kedah mara ke final Piala Malaysia sebelum kecundang kepada Selangor, dan mensasarkan lebih kejayaan dapat dicapai kali ini.

Namun, bekas pengendali skuad pembangunan Atletico Madrid ini sedar cabaran kali ini jauh lebih berbeza apatah lagi perlu memenuhi ekspetasi tinggi penyokong.

Advertisements

“Memang saya dan Cheng Hoe sudah melakukan tugas yang baik sebelum ini tetapi setiap tahun akan berubah dan kita tidak boleh nak jangka apa yang akan berlaku.

“Sebab itu kami akan cuba sebaik untuk sama-sama melakukan tugas ini meletakkan Selangor di tahap yang terbaik pada musim 2023”, ujarnya lagi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram