Hutang Lapuk KAFA Bukan Lagi Tanggungjawab Zamsaham

zamsaham 6 Hutang Lapuk KAFA Bukan Lagi Tanggungjawab Zamsaham
TRW KELANTAN FC
Alif Syazani @SyazaniAlif
10:23pm 15/03/2022

Pemilik Kelantan FC, Zamsaham memberi penjelasan mengenai tunggakan gaji yang dituntut oleh bekas pemain Kelantan FC, Fauzi Roslan.

Menurut laman rasmi sosial Facebook Zamsaham, beliau menyatakan bahawa beliau sudah menyelesaikan segala hutang yang telah termaktub dalam kontrak yang baru beliau “takeover”.

Tunggakan gaji bekas pemain tersebut tiada dalam senarai yang ada di kontrak. Beliau menegaskan supaya bekas pemain yang beraksi pada tahun 2019 itu perlu merujuk KAFA semula.

“Hutang ini adalah hutang warisan KAFA dan FAM juga sudah dimaklumkan tentang hutang2 yg bukan dalam kontrak takeover adalah tanggungjawab pihak KAFA.

“Maka semuanya sudah diselesaikan ketika Meeting November 2021 bersama FAM dan KAFA juga sedia maklum akan hal tunggakan adalah kewajipan KAFA.

“Nama bekas pemain yang tiada dalam senarai RM6.8juta sila rujuk KAFA,” kata Zamsaham di laman Facebook.

“Dah bayar semua ka? Alhamdulillah,semua hutang dalam perjanjian takeover RM6.8juta saya dah selesai. Saya dah cakap berkali-kali dengan bukti, kita dah selesai bayar.

Tambah Zamsaham, beliau mengutuk sekeras-kerasnya tindakan seperti ini. Hal ini kerana lebih ramai bekas pemain akan sewenang-wenangnya melakukan tindakan sebegini.

Zamsaham dalam pada itu menjelaskan bahawa kini sedang berada di tahap kedua selepas berjaya menyelesaikan hutang warisan KAFA di fasa satu.

“Selepas selesai barulah muncul macam-mcam orang yg aku tak tahu tak pernah jumpa nak claim bayaran tunggakkan. Kalau saya bayar ini, nanti entah siapa2 lagi akan minta bayaran. Ini kerja gila!

“Ketika ini, saya berada pada fasa Kedua. Bina pasukan. Fasa pertama bayar hutang piutang warisan KAFA, saya dah selesai,” katanya.