Dunia
Advertisements

Ketua Pegawai Eksekutif PFA Malaysia, Izham Ismail hari ini membuat kenyataan di laman Facebook PFAM berkaitan isu hutang pasukan sebanyak RM6.4 juta.

67678456 1948624525238820 2220703507432865792 n "Hutang Terkumpul Pasukan RM6.4 Juta" - PFAM
Facebook / PFAM

Beliau menegaskan betapa sehingga kini, pasukan-pasukan ini masih mempunyai tunggakan gaji kepada para pemain, dan dukacita dimaklumkan bahawa sehingga kini, masih tiada jaminan bahawa hutang tunggakan ini akan dijelaskan dalam masa yang terdekat.

Dapatan yang dibuat ini adalah berdasarkan aduan rasmi yang telah diterima oleh PFAM, dan kebanyakkannya sudah pun mendapat keputusan daripada Jawatankuasa Status FAM, dan masih ada lagi yang sedang menunggu tarikh perdengaran kes. Jumlah ini tidak termasuk jumlah tunggakan potongan LHDN, caruman KWSP dan caruman PERKESO. Jumlah tunggakan secara keseluruhan dijangka akan bertambah memandangkan ketika ini masih ada lagi aduan yang sedang diproses oleh PFAM untuk difailkan ke Jawatankuasa Status FAM.

Advertisements

Alasan Menunggu Geran Hak Penyiaran MFL

Menurut Izham, jika dulu pasukan yang tercalit dengan hutang gaji pemain ini menggunakan alasan kelewatan geran hak penyiaran MFL namun setelah MFL mengumumkan pembayaran telah dibuat, pasukan-pasukan terlibat masih belum membuat sebarang pembayaran seperti dijanjikan kepada PFAM.

Pasukan yang dimaksudkan Izham adalah seperti Melaka United, Kelantan FA, Negeri Sembilan FA dan Pahang yang masih berdiam diri.

“Malah, ada juga pasukan yang sudah membuat perjanjian untuk bayaran secara berperingkat kepada pemain, namun masih melanggar perjanjian tersebut seperti pasukan ATM, PDRM dan Felda FC.”

Advertisements

Nasib Pemain Perlis, Terengganu City FC, Hanelang, Kuantan FA dan Marcerra United

Lebih malang buat pemain-pemain pasukan ini yang nasib mereka seolah-olah terus tertutup berikutan kerompokan struktur sedia ada.

“PFAM menyeru perhatian Kerajaan Negeri – jika ini langkah terakhir- untuk tampil memberikan bantuan berhubung perkara ini. Lihatlah ia sebagai isu rakyat, dan bukan sekadar masalah bolasepak. Sesungguhnya, hal ini amat memerlukan pemimpin yang berjiwa besar untuk turun dan membantu para pemain yang selama ini telah bertungkus lumus berjuang atas nama anak negeri.”

“RM6.4 JUTA ini masih belum boleh menggambarkan angka sebenar hutang dalam industri bolasepak negara memandangkan ini hanyalah merupakan tunggakan yang dilaporkan oleh pemain, dan PFAM percaya angka ini sebenarnya lebih besar jika dihitung bersama tunggakan yang turut dialami oleh barisan staf kejurulatihan dan juga pemain-pemain import yang menggunakan saluran sendiri. Begitu juga maklumat-maklumat tidak rasmi yang diterima oleh PFAM, tetapi para pemain masih berdiam kerana ingin memberi masa kepada pasukan.”

Advertisements

“Football Tyranny is real, and it is not building the game”. jelas Izham yang mahu setiap pasukan terlibat menjalankan tanggungjawab dengan telus dan ikhlas.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram