Idea Bernas JDT Naturalisasi Pemain Muda
Dunia
johor southern tigers
Advertisements

Dalam satu hantaran di laman rasmi media sosial kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini, pasukan gergasi bola sepak Malaysia itu telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi berkaitan pelan dan perancangan skuad JDT bagi musim 2022.

Juara Liga Super Malaysia 2021 itu telah menyenaraikan lima isi penting untuk progres semasa kelab dan antaranya adalah berkaitan dengan idea untuk menaturalisasikan pemain.

Pengarah Sukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, Martin Prest menegaskan bahawa pasukan mereka hanya akan menaturalisasikan pemain yang masih muda supaya pemain itu dapat memberi sumbangan dalam jangka masa yang panjang.

Advertisements

“Kelab telah membuat keputusan untuk hanya menaturalisasikan pemain yang masih muda dan boleh memberi sumbangan untuk jangka masa panjang.”

Bukan itu sahaja, JDT turut mengumumkan bahawa mereka akan merekrut kapten pasukan Penang FC, Endrick Dos Santos bagi musim 2023. Pemain yang berusia 26 tahun itu berkemungkinan akan dinaturalisasikan oleh JDT.

“JDT juga akan merekrut Endrick dos Santos untuk musim 2023, dengan kemungkinan untuk dinaturalisasi.”

Advertisements

Untuk rekod, ayam tambatan pasukan Penang itu telah menetap di Malaysia selama 4 tahun bermula pada 2018 ketika beliau mewakili pasukan Felcra FC. Endrick bagaimanapun bakal melengkapkan 5 tahun keberadaanya di Malaysia pada Januari 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram