Ifedayo Tak Berminat Jadi Pemain Naturalisasi
Liga Super
Melaka United
Advertisements

Bekas pemain Selangor, Ifedayo Olusegun mengakui setakat ini tiada dalam perancangannya untuk menjadi pemain naturalisasi. 

Penjaring terbanyak Liga Super musim 20/23 ini sudah empat tahun berkelana di Liga Malaysia dan berpeluang menyarung jersi Harimau Malaya jika beliau teruskan beraksi bersama pasukan di Malaysia musim ini. 

Namun, beliau sedang menghadapi situasi sukar selepas kehilangan bapanya pada tahun lalu. 

Advertisements

“Tiada keperluan jadi naturalisasi.

“Bapa saya telah meninggal dunia hujung tahun lalu, saya menghadapi tempoh yang sukar sebelum ini dan tidak dapat menjalankan perbincangan dengan kelab. Benar telah banyak kelab mula memberikan tawaran sebelum ini namun fikiran saya ketika itu tidak memikirkan tentang bola sepak,” kata Ifedayo.

Advertisements

“Ejen saya turut menyatakan terdapat tawaran daripada Selangor dan kita akan melihat masa depan saya dalam saingan musim baru.

Tegasnya, beliau kini mahu fokus perbaiki dirinya untuk kembali cergas dan bersedia untuk menyertai mana-mana pasukan. 

Advertisements

“Buat masa ini, saya tidak memikirkan tentang naturalisasi dan menjadi pemain kebangsaan skuad Malaysia. Saya hanya memikirkan untuk kembali ke tahap terbaik terlebih dahulu,” katanya dipetik daripada Stadium Astro.

Ifedayo Olusegun kini merupakan pemain ejen bebas selepas beliau tidak mengumumkan lagi pasukan apa yang bakal di sertainya.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram