Ikhsan Fandi & BG Pathum Mengganas, Beri Petanda Besar Kepada JDT
ACL
AFC
Advertisements

Kelibat penyerang berbisa BG Pathum United, Ikhsan Fandi kembali penuh bergaya apabila beliau meledak dalam penampilan pertamanya musim 2023 sebelum berdepan JDT.

BG Pathum melayan kunjungan Ratchaburi FC dengan dua jaringan daripada penyerang berbisa pasukan iaitu Igor Sargeev dan Ikhsan Fandi memastikan 3 mata buat pasukan.

Pasukan bimbingan Thongchai Sukkoki kini berada dalam momentum terbaik sebelum terbang ke Stadium Sultan Ibrahim untuk mencatat kemenangan pertama di Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Advertisements

Sungguhpun wakil Thailand itu sudah pun tersingkir awal, pasukan itu sudah pastu mahu menamatkan saingan dengan satu kemenangan berharga di Asia.

Kemunculan semula Ikhsan Fandi yang sudah sekian lama mengalami kecederaan jelas memberi tonik tambahan buat BG Pathum dalam misi membalas dendam susulan tewas 4-2 di laman sendiri.

BG Pathum juga merekodkan empat kemenangan dalam lima perlawanan terakhir dan hanya tewas sekali berdepan Ulsan Hyundai tempoh hari.

Advertisements

Skuad Harimau Selatan juga dalam detik paling cemerlang selepas meraih trofi keempat musim ini pada aksi Piala Malaysia 2023.

Aksi antara pasukan JDT dan BG Pathum akan berlangsung pada 12 Disember 2023 jam 6 petang di Stadium Sultan Ibrahim.

Pautan: Gol Ikhsan Fandi

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram