Advertisements
Tindakan Jordi Amat Undang Padah, Kali Ke-4 Untuk Perlawanan Penting
Asia Tenggara
MakanBola
JOHOR Southern Tigers

Prestasi semasa Jordi Amat kini sedikit membimbangkan apabila beberapa kali kesilapan beliau telah meletakkan pasukannya dalam bahaya.

Dalam perlawanan akhir semalam, Jordi Amat bertindak menjatuhkan Ivan Mamut dalam kawasan kotak penalti sekaligus menghadiahkan sepakan penalti buat Terengganu.

Malah beberapa individu seperti Safee Sali dan Razman Roslan turut berpendapat Jordi Amat seharusnya dilayangkan kad merah ekoran kekasaran beliau.

Ini kerana situasi tersebut mempunyai peratusan gol yang tinggi dan Jordi Amat telah melakukan bentesan dari arah belakang pemain.

Pertahanan berusia 31 tahun itu bagaimanapun bernasib baik terlepas layangan kad merah daripada pengadil.

Ini bukan kali pertama kesilapan Jordi Amat hampir membahayakan pasukan sendiri kerana sebelum ini sudah 3 kali Jordi Amat melakukan kesilapan.

Salah satunya adalah sewaktu perlawanan bersama Indonesia yang menyaksikan Jordi Amat menjaringkan gol sendiri dalam kekalahan besar 1-5 Indonesia terhadap Iran.

Seterusnya, kegagalan Jordi Amat melakukan hantaran menyebabkan bola beliau dirampas pemain Filipina yang akhirnya berjaya menembusi gawang gol Indonesia hasil serangan pantas.

Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan seri 1-1 dan aksi buruk Jordi Amat telah mendapat reaksi negatif penyokong Indonesia.

Jordi Amat sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila beliau menjadi punca dua gol Kawasaki ke atas JDT dalam perlawanan yang berakhir dengan kekalahan terbesar JDT musim ini.

Kesemua kesilapan Jordi Amat dalam perlawanan tersebut adalah sejak pertengahan November lalu sekaligus menjejaskan prestasi semasa beliau.

Namun terdapat manis dalam kepahitan buat Jordi Amat apabila JDT berjaya muncul juara Piala Malaysia 2023 untuk melengkapkan kejuaraan quadraple musim ini.