Ikhsan Fandi Sertai Kelab Gergasi Thailand, BG Pathum United
Dunia
ikhsanfandi/fkjerv
Advertisements

Pasukan gergasi Thailand, BG Pathum United sah menandatangani penyerang berbisa Singapura, Ikhsan Fandi selama dua tahun setengah dengan tandaharga bernilai US$50 ribu. Ikhsan akan berganding bersama abangnya Irfan Fandi yang sudah berkelana ke BG Pathum sejak 2019.

Pengumuman tersebut dilakukan ketika dua jam sebelum perlawanan pusingan separuh akhir pasukan Singapura bertemu Indonesia bagi saingan Piala AFF Suzuki. Selepas itu, Ikhsan Fandi terus menjadi wira Singapura apabila berjaya menjaringkan gol penting untuk mengikat pasukan Indonesia seri 1-1.

Difahamkan, anak legenda Singapura itu akan beraksi bersama BG Pathum dalam separuh musim kedua Liga Thailand 21/22. Beliau dikatakan bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan bekas penyerang JDT, Diogo oleh kerana mengalami kecederaan pada bahu menurut The Straits Times.

Advertisements

Mengulas lanjut, kini Ikhsan fandi berjaya meledak 11 gol dalam penampilannya bersama skuad kebanggsaan Singapura termasuk dalam saingan Piala AFF Suzuki edisi kali ini. Sebelum ini, beliau telah berkelana di Liga Norway bersama dua pasukan berbeza iaitu Rousfoss IL (2019-2020) dan FK Jerv (2020-2021).

Prestasi yang memukau ditampilkan oleh pemain berusia 22 tahun ini sepanjang aksinya dalam saingan Liga Norway cukup terbaik. Beliau berjaya membuka akaun jaringan peribadi sebanyak 16 gol dalam 77 perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram