Ads
Liga Super
Ikhwan Yazek

Pasukan Kelantan FC mendapat tamparan hebat apabila Ikhwan Yazek mengumumkan telah meninggalkan pasukan itu hari ini.

Advertisements

Pengumuman tersebut dibuat beliau menerusi satu hantaran di Instagram hari ini. Walaupun mengakui langkah ini satu langkah yang berat, Ikhwan melihat langkah ini penting demi masa depannya sebagai pemain bola sepak.

Advertisements

“Berat kaki ini untuk melangkah keluar daripada sebuah cita-cita tetapi langkah berani harus diambil demi masa depan.Terima kasih diatas sokongan dan doa kalian semua selama ini. Tak kira pihak pengurusan, penyokong mahupun kawan-kawan sepejuangan.

Advertisements

Advertisements

“Sudah tiba masanya jersi ’66’ mengundurkan diri. Semua kenangan yang tercipta di arena yang penuh dengan suka duka pahit getir ini , akan ku kenang selamanya. Semoga ketemu di lain waktu dan semuanya baik-baik saja,” katanya.

Sebaik pengumuman itu diketahui, ramai mengucapkan selamat berjaya buat beliau. Antara yang berbuat demikian ialah bekas jurulatih Kelantan, Pol Corpas dan pemain Sabah FC, Gerald Gadit.

Advertisements

Nama pemain berusia 23 tahun itu mula dikenali apabila meledakkan gol cantik semasa menentang Penang FC pada Mac lalu. Malah, gol tersebut turut mendapat pujian pemain perancang Manchester City, Kevin de Bruyne.

Advertisements

Bagaimanapun, Ikhwan kemudiannya terpaksa melupakan sebahagian besar aksi Liga Malaysia (Liga M) musim ini. Ini selepas beliau mengalami kecederaan lutut yang serius semasa menentang KL City FC di Kota Bharu pada 17 Mac lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram