Menjelang sepak mula Piala Asia 2023 yang dijadualkan bermula pada 13 Januari ini, beberapa pasukan sudah pun tiba di Qatar lebih awal untuk menjalani latihan dan menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di sana.
Skuad kebangsaan India kendalian Igor Stimac merupakan pasukan pertama yang tiba di Qatar disusuli dua pasukan lain iaitu Arab Saudi dan Malaysia.
Jordan yang diletakkan dalam kumpulan E bersama-sama Malaysia juga sudah tiba di Qatar pada semalam 2 Januari. Turut tiba pada hari yang sama adalah pasukan Palestin dan Uzbekistan.
“India, Arab Saudi dan Malaysia telah pun tiba di Doha dengan Palestin, Jordan dan Uzbekistan dijadualkan mendaftar masuk pada hari Selasa,” lapor AFC.
India yang menjadi pasukan pertama tiba di Qatar bakal memulakan kempen Piala Asia dengan bakal berdepan Australia pada 13 Januari.
Turut berada di dalam kumpulan B bersama India dan Australia adalah pasukan yang berada di ranking ke-68 dunia, Uzbekistan dan pasukan di ranking ke-91, Syria
Manakala Harimau Malaya bakal menjalani satu perlawanan persahabatan menentang pasukan ke-91 dunia iaitu Syria. Satu lagi aksi persahabatan menentang Arab Saudi tidak menjadi kenyataan apabila pasukan tersebut menolak pelawaan Malaysia.
Harimau Malaya akan bertemu Syria pada 8 Januari 2024 sebelum memulakan kempen berdepan Jordan pada 16 Januari 2024 jam 1:30 pagi.