India Mahu Ganti Indonesia di AFF
Dunia
Indian Football & PSSI
Advertisements

Federasi Bolasepak India (AIFF) telah menyatakan hasrat untuk menggantikan Indonesia dalam Federasi Bola Sepak ASEAN (AFF) sekiranya mereka benar-benar mahu menyertai Federasi Bola Sepak Asia Timur (EAFF).

Secara umumnya, niat India untuk menyertai AFF telah diketahui sejak tahun lalu namun pandemik Covid-19 telah menyebabkan mereka terus kekal dalam Federasi Bola Sepak Asia Selatan (SAFF).

Menerusi satu kenyataan oleh Sekretriat AIFF, Kushal Das, beliau mahu melihat India bersaing dalam kejohanan yang memiliki persaingan yang terbaik.

Advertisements

“Tujuan kami mahu berpindah ke AFF untuk memastikan pasukan kebangsaan kami bersaing di pentas terbaik,” jelasnya dalam wawancara Time of India yang dipetik dari Soha.

Bukan itu sahaja, pihak AIFF juga sudah pun membuka perbincangan awal dengan AFF berhubung hasrat besar mereka dan berjanji akan memberikan komitmen sepenuhnya jika diterima AFF.

Advertisements

“AFF memberi maklum balas yang positif dan sekiranya mereka menerima kami masuk ke dalam AFF, maka kami akan mengambil serius berkenaan kejohanan ini,” jelas Kushal Das.

Beliau juga yakin kemasukan India ke dalam  AFF akan memberikan persaingan yang baik kepada pasukan Asia Tenggara yang lain.

Advertisements

Malah, India juga mampu menjadi daya penarik yang lebih baik jika hal ini benar-benar terjadi.

Berita mengenai perpindahan India ke AFF menimbulkan pelbagai spekulasi kerana dianggap mampu menggantikan kedudukan Indonesia yang mahu ke EAFF.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram