Advertisement
India Mahu Kembali Ke Malaysia Dengan Misi Berbeza
Harimau Malaya
MakanBola
Indian Football Team

Selepas menyertai Pestabola Merdeka dan tewas di tangan Malaysia, India mahu kembali ke Malaysia sekali lagi namun dengan misi yang berbeza.

Difahamkan India akan menghantar skuad bawah 23 tahun mereka ke Malaysia untuk menguji skuad bawah 23 tahun Malaysia yang akan beraksi di Piala Asia Bawah 23 (B23) April depan.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam melalui satu hantaran di laman X.

“Piala Asia B23, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dah atur perlawanan persahabatan untuk skuad B23 negara. Difahamkan, Malaysia akan lawan India di sini (Malaysia), lawan China dan Qatar masa kem latihan di Doha nanti,” coret Zulhelmi di laman X.

Untuk rekod, India gagal mara ke Piala Asia B23 selepas hanya menduduki tangga ketiga di dalam Kumpulan E untuk pusingan kelayakan dengan gagal memungut sebarang mata.

Di Piala Asia B23 April depan, Malaysia diletakkan di dalam kumpulan D bersama-sama Uzbekistan, Vietnam dan Kuwait.

Malaysia dijadualkan memulakan kempen dengan bertemu Uzbekistan pada 17 April sebelum menghadapi pasukan serantau, Vietnam pada 20 April. Aksi terakhir Malaysia adalah bertemu Kuwait pada 23 April.