India Open: Aaron Chia & Wooi Yik Ke Suku Akhir, Leburkan Tentangan Regu Ke-31 Dunia
UltraSukan
BA Malaysia
Advertisements

Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik mengesahkan kemaraan ke suku akhir India Open 2024.

Beregu nombor empat dunia itu mara selepas mudah menewaskan regu ke-31 dunia dari Jepun, Kenya Mitsuhashi dan Hiroki Okamura.

Aaron-Wooi Yik berharap dapat meneruskan rentak positif pada tahun 2024 selepas terkandas di pentas suku akhir Malaysia Open 2024.

Advertisements

Sementara Mitsuhashi-Okamura pula mahu mencipta impak positif kerana India Open 2024 merupakan kejohanan pertama mereka pada tahun ini.

juara Denmark Open 2023 itu tampak dominan pada set pertama. Permainan pantas yang dipamerkan Aaron-Wooi Yik menyaksikan mereka selesa mendahului pada kedudukan 14-7.

Meskipun cuba diberi tentangan Mitsuhashi-Okamura, Aaron-Wooi Yik terus unggul mendahului dan menang dengan keputusan 21-10.

Advertisements

Set kedua menyaksikan regu Jepun itu cuba memberi tentangan awal. Bagaimanapun, pengalaman yang dimiliki Aaron-Wooi Yik membolehkan mereka mendahului dengan selesa pada kedudukan 12-6.

Kelebihan itu pantas dimanfaatkan juara dunia beregu lelaki 2022 itu untuk mengungguli set kedua dengan keputusan 21-14.

Aaron-Wooi Yik bakal berdepan pilihan kelapan kejohanan dari China, Liu Yuchen-Ou Xuanyi di pentas suku akhir esok.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram