Individu Mirip Bintang JDT Ditemui Di Terengganu
Transfer
Johor Southern Tigers
Advertisements

Seorang individu mirip bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) telah ditemui berada di Terengganu.

Individu seakan pemain sayap kebangsaan iaitu Akhyar Rashid difahamkan sudah tiba disana apabila beliau ditemui berada di sebuah kedai gunting rambut di Terengganu.

Bukan itu sahaja, menerusi tinjauan MakanBola di beberapa laman bola sepak bebas Terengganu dan group penyokong Terenggan di platform Facebook, ramai antara peminat Skuad Peteh yang ternampak kelibat Akhyar disana.

Advertisements

Timbul desas desus kuat yang mengaitkan pemain ini ke pasukan Terengganu bersama seorang lagi pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid. Namun teka teki ini masih belum terjawab dimana belum ada pengumuman rasmi daripada mana-mana pasukan.

Kemasukan Akhyar dan Safawi ke Terengganu sekaligus bakal menyaksikan skuad kendalian Tomislav Steinbrucker akan lebih mantap dalam saingan Liga Super Malaysia yang bakal bermula tidak lama lagi.

Ini juga bakal menjadi peluang buat Akhyar dan Safawi kembali mendapat minit permainan dengan lebih banyak.

Advertisements

Sebelum ini JDT telah mengumumkan bahawa dua bintang sensasi ini akan dilepaskan kelab. Mereka akan berhijrah ke pasukan lain dengan status sebagai pemain pinjaman.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram