Akhyar Rashid & Safawi Rasid Dikaitkan Ke Terengganu
Transfer
Johor Southern Tigers
Advertisements

Berita perpindahan sedang hangat diperkatakan dengan kelibat dua pemain iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid dan Safawi Rasid mula dikaitkan ke Terengganu.

Berita ini dikongsikan oleh wartawan The Star, T. Avineshwaran yang melaporkan bahawa khidmat dua bintang negara ini sedang diperhatikan oleh skuad Peteh.

Finalis Piala Malaysia 2023 ini mahu memantapkan jentera serangan dengan bahagian sayap menjadi keutamaan pasukan.

Advertisements

Hasrat Terengganu untuk melangkah ke pusingan kakau mati Piala AFC juga tertangguh bagi tahun ini.

Akhyar dan Safawi dilihat menjadi prospek penting untuk membantu jentera sayap anak didik Tomislav Stienbruckner dengan beberapa pilihan tambahan seperti pemain import juga bakal menajamkan jentera serangan pasukan.

Terengganu sebelum ini berjaya mengekalkan khidmat beberapa ayam tambatan seperti Safwan Mazlan, Uabidulkah Shamsul, Syahmi Zamri dan juga Alif Zakaria.

Advertisements

Berita ini bagaimanapun masih dalam status belum rasmi dengan tiada pengumuman daripada mana-mana pihak berkenaan perpindahan ini.

Pengalaman yang dimiliki oleh dua pemain ini dilihat penting untuk membantu pemain muda di Terengganu berkembang dengan lebih baik.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram