Indonesia Asah Taring Berdepan Pasukan Ke-84 Dunia
Dunia
PSSI
Advertisements

Timnas Indonesia dikhabarkan bakal mengadakan perlawanan persahabatan berdepan pasukan yang berada pada kedudukan 100 terbaik di dunia pada FIFA Matchday September 2022.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Umum PSSI, Mochamad Iriawan, beliau menjawab mengenai teka teki pasukan yang bakal menjadi lawan Sang Garuda pada perlawanan persahabatan nanti.

Sebelum ini, pemuda yang mesra disapa Iwan Bule ini sudah pun menyatakan hasrat agar anak didik Shin Tae-yong berdepan dengan lawan yang lebih hebat untuk mengukur kemampuan sebenar pasukan.

Advertisements

Bahkan, beliau juga dalam temubual itu mengesahkan bahawa Indonesia akan berdepan dengan Curacao pada FIFA Matchday kali ini.

“Insya Allah Timnas Indonesia lawan Curacao,” ujar Iriawan dengan ringkas kepada CNN Indonesia.

Malah, Sekretriat Jeneral PSSI, Yunus Nusi telah pun memaklumkan bahawa jadual yang melibatkan perlawanan Indonesia dan juga Curacao sedang diatur.

Advertisements

Perbincangan lebih lanjut juga sedang diadakan antara PSSI dan juga Persatuan Bola Sepak Curacao (FFK).

“Dua perlawanan bulan September jika mengikut perancangan kita mahu menghadapi Curacao.”

“Pihak Curacao juga melihat ia sebagai idea yang menarik namun semua masih dalam fasa perbincangan.”

Advertisements

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara lagi yang sedang dibincangkan antara pihak PSSI dan FFK sebelum keputusan akhir dimuktamadkan.

Curacao kini berada pada kedudukan ke-84 dunia selain dapat memenuhi hasrat Indonesia yang mahu berentap dengan pasukan 100 terbaik dunia.

Hasil positif yang diperoleh daripada perlawanan ini juga mampu melonjakkan kedudukan Indonesia ke tahap yang lebih baik dalam ranking FIFA. 

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram