Indonesia Bantai Negara Eropah, Moldova
Dunia
Advertisements

Skuad bola sepak kebangsaan Indonesia Bawah 20 Tahun meneruskan perlawanan ujian dengan menentang pasukan eropah, Moldova. Indonesia berjaya menang 3-1 dalam perlawanan yang dilangsungkan di Antalya, Turki.

Indonesia ketinggalan seawal minit ke-9 perlawanan selepas pemain Moldova, Vicu Bulmaga berjaya meledak untuk memberikan kelebihan buat Moldova. Indonesia cuba bangkit semula namun kedudukan kekal 1-0 memihak Moldova sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Indonesia menggandakan asakan untuk mencari gol penyamaan. Ianya terbukti berhasil selepas Rabbani Tasnim menyudahkan umpanan daripada Zanadin untuk menjadikan kedudukan terikat 1-1.

Advertisements

Indoensia meneruskan serangan demi serangan. Pada minit ke-73 Indonesia berjaya berada di hadapan selepas Muhammad Ferrari berjaya menambah jaringan buat Garuda Muda. Gol itu terhasil dari kesilapan penjaga gol Moldova, Roman Dumenco yang membolehkan Ferrari merembat deras untuk mengubah kedudukan menjadi 2-1 memihak Indonesia.

Hari gemilang Indonesia ditutup dengan jaringan pemain bintang, Marselino Ferdinan yang menyudahkan penalti pada minit ke-79 perlawanan sekaligus menutup perlawanan dengan kemenangan bergaya buat Indonesia menewaskan Moldova 3-1.

Advertisements

Perlawanan menentang Moldova ini merupakan perlawanan ketiga Indonesia B-20 dalam tempoh kem latihan yang diadakan di Turki sejak 16 Oktober yang lalu. Dua perlawanan percubaan sebelum ini mereka berjaya menang ke atas Cakallikli Spor 2-1 sebelum tewas kepada Turki B-20 dengan keputusan 2-1.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram