Advertisement
Indonesia Berdepan Laluan Mudah Ke Piala Dunia
Dunia
MakanBola
PSSI

Skuad kebangsaan Indonesia telah diundi dalam saingan kumpulan F menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Pada pusingan pertama aksi kelayakan, Indonesia terlebih dahulu perlu berdepan Brunei sebelum mengesahkan tempat dalam kumpulan F.

Dalam majlis undian yang berlangsung di AFC House Bukit Jalil hari ini, Indonesia diundi dalam saingan kumpulan F bersama Iraq, Vietnam dan Filipina.

Berdepan Brunei, Indonesia sudah tentu menjadi pasukan pilihan untuk meraih kemenengan. Indonesia turut berpeluang mengatasi Filipina dan Vietnam yang mana dua pasukan ini merupakan pasukan daripada Asia Tenggara.

Sementara satu lagi pasukan iaitu Iraq, Skuad Garuda di bawah kendalian Shin Tae-yong dijangka boleh mencipta kejutan mengatasi 10 pasukan terbaik dalam Asia ini.

Untuk rekod, Iraq kini berada di kedudukan ke-70 dalam ranking FIFA, Vietnam (95) dan Filipina pula di ranking ke-135.