Indonesia Hanya Mahu Lawan Pasukan Kuat
Dunia
PSSI
Advertisements

Timnas Indonesia difahamkan mahu mencari pasukan yang lebih kuat dalam usaha menguji kemampuan sebenar pasukan mereka ketika ini.

Anak didik kendalian Shin Tae-yong mahu melakukan persediaan terbaik terutamanya bagi meningkatkan kedudukan mereka dalam ranking FIFA.

Menurut Ketua Umum PSSI, Mochamad Iriawan telah menetapkan syarat berkenaan dengan calon lawan Timnas Indonesia pada FIFA Matchday yang berikutnya.

Advertisements

Katanya, beliau mahu pasukannya bertemu dengan lawan yang lebih tinggi rankingnya daripada Indonesia untuk menjadi kayu ukur terbaik terhadap prestasi semasa pasukan.

Tambahnya, jika Indonesia bertemu dengan lawan yang lebih kuat, maka pasukan Sang Garuda akan dapat menampilkan persembahan yang lebih berkualiti tinggi.

“Apa yang pasti saya minta yang di bawah 100 [dalam daftar ranking FIFA], yang lebih kuat dari kita.”

Advertisements

“Saya mahu memastikan betul-betul kita bermain dengan permainan tahap tertinggi,” ucap Iriawan.

Perlawanan menentang pasukan yang lebih tinggi ranking FIFA juga dapat membantu untuk melonjakkan kedudukan Indonesia ketika ini.

Perlawanan FIFA pada bulan September nanti bakal menjadi pentas terbaik untuk mereka memperbaiki beberapa perkara dalam usaha memantapkan lagi skuad sedia ada mereka.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram