Indonesia Masters: Pearly Tan-Thinaah Ke Final, Hampakan Yeon Woo-Yu Lim
UltraSukan
Olympic Malaysia

Pasangan beregu wanita Malaysia, Pearly Tan-M. Thinaah melangkah mara ke final Indonesia Masters selepas menewaskan Lee Yeon Woo-Lee Yu Lim

Setelah sekali lagi menewaskan Fukushima-Matsumoto di suku akhir pada Jumaat, Pearly-Thinaah kini selangkah ke final dengan Lee Yeon Woo-Lee Yu Lim menjadi halangan terakhir.

Ini merupakan pertemuan pertama membabitkan kedua-dua pasangan memandangkan Yeon Woo-Yu Lim adalah beregu yang baru digandingkan menyaksikan Pearly-Thinaah turun selaku pilihan.

Permainan cemerlang ditampilkan oleh Pearly-Thinaah di awal aksi dengan pukulan-pukulan serangan yang gagal untuk dikembalikan oleh beregu lawan untuk meraih mata penting.

Walaupun cuba diasak, Pearly-Thinaah tenang mengawal permainan dengan membalas setiap serangan oleh lawan sebelum berjaya menamatkan aksi dengan kemenangan di set pertama.

Aksi di set kedua menyaksikan momentum cemerlang terus dipamerkan oleh Pearly-Thinaah apabila kerap kali berjaya mengekang serangan oleh Yeon Woo-Yu Lim di sepanjang permainan.

Ternyata pengalaman menjadi pemisah antara kedua-dua beregu apabila Pearly-Thinaah berjaya menyaingi asakan dan berjaya memastikan kemenangan dan sahkan tempat di final.

Pertarungan di gelanggang 1 berakhir dengan keputusan 21-19, 21-16.