Advertising
Indonesia Masters: Pearly Tan-Thinaah Sekali Lagi Sekat Fukushima-Matsumoto
UltraSukan
Olympic Malaysia

Pasangan beregu wanita Malaysia, Pearly Tan-M. Thinaah melangkah ke separuh akhir Indonesia Open apabila mengatasi wakil Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto.

Setelah menewaskan pasangan Chinese Taipei pada Khamis, Pearly dan Thinaah kembali ke gelanggang dalam misi untuk mara ke separuh akhir Indonesia Master dan bertemu wakil Jepun ini di suku akhir.

Ad

Kedua-dua beregu telah bertemu sebanyak dua kali sebelum ini dengan pertemuan terakhir telah dimenangi oleh Pearly-Thinaah ketika beraksi di suku akhir India Open 2025 minggu yang lalu.

Ad

Permulaan yang cemerlang ditampilkan oleh Pearly-Thinaah di awal permainan dengan mendahului 5-1 sebelum dikejar rapat oleh beregu Jepun ini hingga dibezakan 2 mata ketika interval.

Penguasaan gelanggang dan serangan tanpa henti oleh wakil negara ini membuatkan Fukushima-Matsumoto tidak terdaya bagi membalas memaksa kemenangan menjadi milik Pearly-Thinaah.

Ad

Aksi di set kedua tampak lebih sengit di permulaan apabila beregu di ranking ke-36 dunia ini memberi cabaran sengit namun Pearly-Thinaah kekal tenang membalas setiap asakan lawan.

Ad

Fukushima-Matsumoto sempat mengikat kedudukan 15-15 di suatu ketika sebelum Pearly serta Thinaah meningkatkan intensiti dan juga corak permainan dan muncul sebagai pemenang.

Ad

Pertarungan di gelanggang 1 berakhir dengan keputusan 21-16, 21-15.