Advertising
Indonesia Masters: Wei Chong-Kai Wun Ke Suku Akhir, Singkirkan Fang-Chih-Fang-Jen
UltraSukan
BA Malaysia
Sponsors

Man Wei Chong dan Tee Kai Wun dipaksa bekerja keras sebelum menempah tiket suku akhir Indonesia Masters 2025.

Wei Chong-Kai Wun mengatasi cabaran beregu ke-19 dunia dari Chinese Taipei, Lee Fang-Chih dan Lee Fang-Jen.

Ad

Selepas menyingkirkan wakil China, Sun Wen Jun-Zhu Yi Jun, juara Taipei Open 2023 itu mahu meneruskan kempen positif mara ke peringkat suku akhir.

Ad

Meskipun begitu, Fang-Chih-Fang-Jen menjanjikan tentangan sengit buat Wei Chong-Kai Wun. Kali terakhir kedua-dua beregu berentap ialah pusingan kedua Swiss Open 2024.

Wei Chong-Kai Wun dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan Fang Chih-Fang-Jen dengan keputusan 20-22, 21-11, 21-19.

Ad

Set pertama menyaksikan pada awalnya, beregu Chinese Taipei itu mendahului pada kedudukan 11-8. Wei Chong-Kai Wun berjaya mengejar sebelum mengikat kedudukan 20-20.

Ad

Meskipun diberi tentangan Fang-Chih-Fang-Jen, naib juara Indonesia Open 2024 itu meraih kemenangan set pertama dengan keputusan 23-21.

Ad

Set kedua menyaksikan beregu negara itu terus diberi tentangan oleh beregu Chinese Taipei itu. Pada akhirnya, mereka meraih kemenangan 21-13.

Wei Chong-Kai Wun bakal berdepan sama ada rakan senegara, Arif Junaidi-Yap Roy King atau beregu veteran Indonesia, Muhammad Ahsan-Hendra Setiawan di peringkat suku akhir.