Indonesia Hanya Ada Satu Cara Layak Ke Piala Asia B-17?
Dunia
Bola
Advertisements

Kegagalan Indonesia untuk mara ke Piala Asia B-17 tahun hadapan sudah tentu mengecewakan jutaan penyokong mereka. Apatah lagi, mereka disingkirkan oleh Malaysia yang sentiasa menjadi cabaran getir buat mereka.

Untuk layak ke Piala Asia, mereka hanya perlu seri ketika menentang Malaysia. Namun mereka tewas dengan margin jaringan yang besar iaitu tewas 1-5. Manakala Laos menjadi pasukan yang mematikan terus langkah Indonesia ke Piala Asia B-17 selepas berkelebihan dari segi perbezaan jaringan.

Namun begitu, walaupun gagal layak secara merit ke Piala Asia B-17, Indonesia masih berpeluang layak ke kejohanan berprestij Asia itu iaitu tidak lain dan tidak bukan adalah dengan menjadi tuan rumah kejohanan tersebut.

Advertisements

Ini kerana sehingga saat ini, masih belum ada negara yang disahkan menjadi tuan rumah Piala Asia B-17 selepas Bahrain menolak untuk menjadi tuan rumah kejohanan tersebut di atas pelbagai sebab yang tidak dapat dielakkan.

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dijangka bakal mengumumkan tuan rumah baharu pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak. Kemungkinan besar, tuan rumah akan dipilih daripada 16 pasukan yang telah layak ke kejohanan tersebut.

Advertisements

“Tetapi jika 16 negara ini tidak mahu menjadi tuan rumah, negara lain memainkan peranan tuan rumah (seperti Indonesia), maka pasukan tersebut akan digantikan dengan 1 daripada 16 pasukan yang telah layak. Kemungkinan besar yang menjadi korban ialah Laos, pasukan keenam terbaik naib juara ,” jelas The Thao 247.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram