Indonesia Tak Dipelawa Ke ISG Kerana Ranking FIFA Terlalu Rendah
Dunia
PSSI
Advertisements

Pasukan bawah 23 tahun Indonesia difahamkan tidak dapat menyertai Kejohanan Islamic Solidarity Games (ISG) 2021 (2022) yang dijadualkan berlangsung di Konya, Turki.

Kejohanan ini juga melibatkan Organisasi Kerjasama Islam (OKI) difahamkan akan berlangsung pada 8-16 Ogos nanti.

Walau bagaimanapun, Timnas Indonesia terpaksa berputih mata untuk terlepas peluang menyertainya pada kali ini.

Advertisements

Perkara ini juga telah disahkan oleh Sekretriat Jeneral Indonesia National Olympics Committee (NOC), Ferry Kono.

Katanya, beliau sudah pun memaklumkan kepada PSSI bahawa Indonesia tidak boleh menyertainya atas alasan kedudukan ranking dunia yang rendah.

“Dalam ISG bagi pertandingan bola sepak hanya ranking tertentu sahaja yang akan dijemput.”

Advertisements

“Timnas Indonesia sehingga kini belum dijemput,” katanya menerusi CNN Indonesia.

Kejohanan ini juga difahamkan bakal disertai oleh lapan pasukan sahaja dan wakil daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) adalah Iran yang berada pada kedudukan ke 23 dunia.

Kali terakhir mereka menyertai ISG adalah pada tahun 2013 ketika menjadi tuan rumah dan berjaya layak ke pentas akhir sebelum tewas 1-2 kepada Maghribi.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram